Friday, August 15, 2008

Selamat Bercuti

Kepada semua warga SMAAH diucapkan selamat bercuti.Semoga cuti sekolah ini dapat merehatkan minda untuk meneruskan tugas di masa akan datang.Kepada yang ingin pulang ke kampung berhati-hati di jalanraya.

Dari Meja Editor

Wednesday, August 13, 2008

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum..
Kami semua warga SMAAH ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ustaz Suhaimi Bin Ahmad yang akan menamatkan zaman bujang pada 16 Ogos 2008.Kami mendoakan semoga mahligai yang dibina akan berkekalan bahagia dan dimurahkan rezeki juga kekal hingga ke akhirnya.

Kepada semua sahabat handai rakan taulan marilah bersama kita memeriahkan majlis di rumah pengantin lelaki pada 23 Ogos 2008.Semoga kehadiran kita nanti dapat menyerikan majlis.

Dari Meja Editor

Tuesday, August 12, 2008

Dalam kenangan

Bergambar kenang-kenangan di stesen janakuasa tasik kenyir.

Roy kelihatannya begitu teruja setelah berjaya memberikan posing terbaik sepanjang kariernya.

Aksi terlampau guru pengiring setelah lebih 10 tahun tidak menggohek basikal.

"Whelly whelly juga brader, yg aku kat belakang hampir terbuang ni apa cerita?", sergah zek bersahaja.

Pasangan bahagia mengenakan baju sedondon hijau beserta stail kaki seluar berkelepet tinggi.

Aksi malu-malu kucing berjaya ditonjolkan oleh setiap peserta rombongan yg berlatarbelakangkan tasik buatan manusia.

Orang lain pun tidur juga siput, tapi tidaklah sampai mematahkan tengkuk sendiri.

Bergambar bersama di Balai Cerap KUSZA.

Saudara Farid Izrani tidak dapat menahan sebak setelah dibenarkan bergambar bersama Cikgu Fadzil.

Rock rock juga, kena duduk bertiga sepanjang perjalanan apa cerita?Mau berkematu dibuatnya.

Timah sibuk mengambil nota penting bagi tujuan peperiksaan.Teacher Aida pula tanpa segan-silu tidur tatkala majlis bermula.

Notakaki : Ini adalah lawatan sambil belajar yg pertama seumpamanya yg telah dilaksanakan sepanjang tahun 2008.Memang seronok dan peserta berjaya menimba pengalaman dan pengetahuan berguna.Tahun depan kita melawat tempat yg lain pula.Cameron Highland mungkin?Dengan kondisi bas yg lebih baik dan selesa...

Lawatan ke Terengganu

Pada 8, 9 dan 10 Ogos 2008, SMAAH telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Terengganu.Lawatan ini telah membawa 38 orang pelajar, 5 orang guru pengiring dan seorang wakil dari PIBG.Guru pengiring ialah Cikgu Fadzil, Cikgu Mat Nor, Cikgu Farid, Cikgu Salwa dan The Great Teacher Aida manakala dari PIBG ialah Ustaz Norizan.

Berikut ialah tentatif program tersebut :

8 Ogos 2008
10.30pm : Bertolak ke Terengganu

9 Ogos 2008
04.45am : Sampai di Masjid Terapung Kuala Ibai dan solat subuh
07.00am : Sarapan pagi di gerai nasi kerabu
09.30am : Sampai ke Balai Cerap KUSZA Universiti Darul Iman Malaysia
12.30pm : Bertolak ke Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man
02.30pm : Sampai Di Tamadun Islam Pulau Wan Man
04.30pm : Bergerak pulang ke tempat penginapan
06.00pm : Sampai ke tempat penginapan TNB Kuala Berang
07.15pm : Bergerak ke MYDIN MALL Kuala Terengganu
10.30pm : Pulang ke tempat penginapan TNB

9 Ogos 2008
07.30am : Bergerak ke Pasar Payang Kuala Terengganu
09.30am : Sampai ke Pasar Payang
11.00pm : Bertolak ke Tasik Kenyir
01.30pm : Sampai ke Tasik Kenyir
04.30pm : Bertolak pulang

Walaupun begitu penat tetapi kami warga SMAAH sungguh gembira kerana buat julung kalinya kami berjaya mengadakan lawatan ini.Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya dan tidak lupa kepada Ustaz Norizan yang banyak membantu termasuk makan malam yang sungguh enak.Terima Kasih

Dari Meja Editor

Monday, August 11, 2008

Blog SMAAH

Assalamualaikum..

Sebagai warga SMAAH kita wajib berasa gembira.Kita gembira kerana hari ini SMAAH sudah mempunyai blog sendiri.Blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti menarik yang melibatkan warga sekolah SMAAH.

Sebagai tempat berwacana bebas dan segar, warga SMAAH dan semua pengunjung dialu-alukan untuk memberi sebarang komen, respon dan cadangan agar SMAAH dapat meningkatkan lagi keupayaan untuk menjayakan misi dan visi sekolah.Sekian terima kasih

Dari Meja Editor