Tuesday, August 12, 2008

Lawatan ke Terengganu

Pada 8, 9 dan 10 Ogos 2008, SMAAH telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Terengganu.Lawatan ini telah membawa 38 orang pelajar, 5 orang guru pengiring dan seorang wakil dari PIBG.Guru pengiring ialah Cikgu Fadzil, Cikgu Mat Nor, Cikgu Farid, Cikgu Salwa dan The Great Teacher Aida manakala dari PIBG ialah Ustaz Norizan.

Berikut ialah tentatif program tersebut :

8 Ogos 2008
10.30pm : Bertolak ke Terengganu

9 Ogos 2008
04.45am : Sampai di Masjid Terapung Kuala Ibai dan solat subuh
07.00am : Sarapan pagi di gerai nasi kerabu
09.30am : Sampai ke Balai Cerap KUSZA Universiti Darul Iman Malaysia
12.30pm : Bertolak ke Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man
02.30pm : Sampai Di Tamadun Islam Pulau Wan Man
04.30pm : Bergerak pulang ke tempat penginapan
06.00pm : Sampai ke tempat penginapan TNB Kuala Berang
07.15pm : Bergerak ke MYDIN MALL Kuala Terengganu
10.30pm : Pulang ke tempat penginapan TNB

9 Ogos 2008
07.30am : Bergerak ke Pasar Payang Kuala Terengganu
09.30am : Sampai ke Pasar Payang
11.00pm : Bertolak ke Tasik Kenyir
01.30pm : Sampai ke Tasik Kenyir
04.30pm : Bertolak pulang

Walaupun begitu penat tetapi kami warga SMAAH sungguh gembira kerana buat julung kalinya kami berjaya mengadakan lawatan ini.Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya dan tidak lupa kepada Ustaz Norizan yang banyak membantu termasuk makan malam yang sungguh enak.Terima Kasih

Dari Meja Editor

5 comments:

  1. wah bestnye, ini adalah kejayaan pertama buat SMAAH pada tahun ni, walaupun ade kelemahan dan kekurangan tapi Cikgu Salwa amat berpuas hati sangat2,,,,,,

    ReplyDelete
  2. em nampak seronok...moga taun depan bulih la ust mie join....bawak isteri lagi! heheeh

    ReplyDelete
  3. tahun depan kita rancang trip ke cameron highland pulak.. aku nk bawak org rumah aku pulak.. xlain tak bukan cikgu padel kopak la orgnyer.. hampeh!! cikgu salwa puas hati sbb die duk kt depan bas... haha

    ReplyDelete
  4. lawatan yg sungguh seronok....kerana dapat pergi ke 'ganu kite' dgn rakan2 cikgu dan pelajar2 kesayangan!!!walaupun kondisi bas agak teruk dan perjalanan yg menjerihkan...namun kepuasan dan keseronokan telah berjaya memadamkan api asmara!!!kui...kui....tahun depan nak g lawatan lagi...tp ke mana ya??hehe...

    ReplyDelete
  5. aii...dah berapa ari dah asyik sembang pasai lawatan jer..
    takder isu BARU ka?....apa2 pun selamat bercuti buat warga hasanah jumpa lagi after school break n my new image :)
    salam semua.....jgn lupa datang umah n bawak la tv plasma ka peti ais ka buat buah tangan tuk UST MIE

    ReplyDelete