Thursday, October 15, 2009

Selamat semuanya...

Selamat bercuti kepada semua warga SMAAH. Anda dinasihati untuk mengambil peluang bercuti selama 3 hari ini dengan bijak. Gunakanlah peluang keemasan ini untuk merehatkan minda dan jasmani serta menghabiskan masa bersama keluarga yang tercinta. Tidak lupa juga bersama orang yang tersayang.

Diingatkan supaya sepanjang tempoh cuti semua warga SMAAH dapat menjaga diri anda dengan baik. Jangan mengharapkan orang lain pula untuk menjaga diri anda. Takkan nak suruh Cikgu Mat Nor pula yang tengokkan. Pandu dan tunggang dengan selamat. Pandu cermat jiwa selamat.

Ucapan Happy Deepavali ditujukan khas buat Pakcik Sammy. Ikhlas dari mantan peserta rombongan ke Cameron Highlands tempoh hari. Sekian, terima kasih daun keladi. Sesungguhnya daun keladi itu memang mengecewakan kerana air yang anda curah tidak akan berbekas ke atasnya.

Notakaki : Naik cuti jangan lupa pula bawa serba sedikit kuih raya untuk dijadikan juadah jamuan hari raya peringkat sekolah. Lagi banyak lagi bagus. Kepada saudara Izuan Mat Desa dan Man Telo, kami ingin memohon belas ihsan kamu untuk menyimpan sedikit kuih maruku yang dipesan tempoh hari. Kalau sudah kehabisan, daun kari pun jadilah! Selamat semuanya...

Pada suatu hari di tanah tinggi part 2

"Aku sayang bangat sama kamu, Rashdan!", kata Taju. "Banosh tolesh-tolesh..",jawab jejaka yg sedang duduk itu dgn selamba.

Inilah wajah-wajah manja Mat Bunga sekolah.Lebih-lebih lagi si Din tu...

Ajib mencuba sedaya upaya untuk memenangi hati Taufek dgn bermanja-manja bersama abang kesayangannya itu

Keceriaan jelas terpancul dari raut wajah 3 beranak dari Selancar ini

Ejah cuma senyum kelat-kelat saja kerana Upek tiada bersama ketika foto ini diambil

Hero-hero Malaya yg diketuai oleh saudara Abby Abadi memberikan pose terbaik mereka.Saiful Akmal pula entah kenapa malu-malu siput saja...

Buat-buat biasa saja Pecot..!!

Manalah korang dapat kuih tepung gomak kat Cameron Highlands tu?

"What's your level of education?", tanya mak arab dengan nada mengharap. "Yes..yes..yes..", jawab Azidah dengan penuh yakin.

Kami tak suka gosip-gosip liar ni.Memang betul.Ayah kami dah pencen, sekarang tanam jagung kat kampung!

Tuesday, October 13, 2009

Pada suatu hari di tanah tinggi part 1

Saudara siput nampaknya begitu gembira tatkala disapa oleh seorang sahabat lamanya iaitu sedut

Macam ku kenal wajahmu, tapi di mana ya?

Ni mamat rock kapak mana yg boleh sesat sampai ke kilang teh boh?

Wajah-wajah ceria pendatang tanpa izin walaupun mereka sedang dibawa ke pusat tahanan sementara

Sakinah, aku suruh kau rasa kesejukan air tanah tinggi!Bukan minum...

Kelihatan beberapa orang pengemis di bawah jambatan yg usang

Inilah raut wajah Cat Ruffedge di zaman dulu kala.Tataplah semahunya.

Masing-masing terpana dengan keluasan ladang teh yg menghijau sambil Apis cuba menyonlap beberapa pucuk daun teh ke dalam poket seluar sekolah.

Semua peserta yg hadir sedang asyik mengamati keindahan alam semulajadi.Amir pula tak habis-habis risaukan helmet apollonya.Memang dasar mat rempit sejati!

Ha, korang tengah tengok apa tu?Sampai terbeliak biji mata sorang-sorang...

Monday, October 12, 2009

Rempit bahagian 1

Masing-masing khusyuk mendengar taklimat daripada brader rempit yg otai

"Cuba teka dimanakah saya?", celah Aimi di sebalik wajah-wajah kelat

Pelajar perempuan kelihatannya begitu asyik mendengar sehingga tidak mampu untuk mengukir senyuman termanis

Shakirin cuba buat-buat manja bagi menarik perhatian jurukamera. Aimi pula sibuk memerhati gadis-gadis manis yang cun dan bergetah

Barisan pelajar perempuan SMAAH yang begitu bersahaja di samping guru tercinta

Aimi sekali lagi menimbulkan keresahan orang ramai apabila dia ternampak kelibat Pok Guard di hadapannya

Rempit bahagian 2

Barisan Geng Bas Mara Liner yang cukup disegani di SMAAH

Perajurit-perajurit Keratong yang siap sedia untuk bertempur di Medan, Indonesia

Shahira begitu terpesona lalu jatuh hati dengan aksi lap asah lutut yang ditunjukkan oleh salah seorang peserta dari SMKK

"Aku suruh kau bawa motor, bukan usha awek sekolah! Ada juga kena tempeleng lelaju ni kang..", sergah brader Waziboys dengan lantang

Zai begitu teruja bercampur cuak-cuak ayam setelah melihat aksi wikang stok 3 tiang sambil minum sirap ais yang ditunjukkan oleh peserta perempuan itu

Jack Sparrow sedang mengenakan kelengkapan kaki besi bagi menghadapi ujian yang mendatang

Tobek sekali lagi cuba membantu. Namun perbuatannya itu tidak disenangi Amar

Amar dan Jack telah berjaya mengharumkan nama SMAAH di mata dunia