Thursday, October 15, 2009

Selamat semuanya...

Selamat bercuti kepada semua warga SMAAH. Anda dinasihati untuk mengambil peluang bercuti selama 3 hari ini dengan bijak. Gunakanlah peluang keemasan ini untuk merehatkan minda dan jasmani serta menghabiskan masa bersama keluarga yang tercinta. Tidak lupa juga bersama orang yang tersayang.

Diingatkan supaya sepanjang tempoh cuti semua warga SMAAH dapat menjaga diri anda dengan baik. Jangan mengharapkan orang lain pula untuk menjaga diri anda. Takkan nak suruh Cikgu Mat Nor pula yang tengokkan. Pandu dan tunggang dengan selamat. Pandu cermat jiwa selamat.

Ucapan Happy Deepavali ditujukan khas buat Pakcik Sammy. Ikhlas dari mantan peserta rombongan ke Cameron Highlands tempoh hari. Sekian, terima kasih daun keladi. Sesungguhnya daun keladi itu memang mengecewakan kerana air yang anda curah tidak akan berbekas ke atasnya.

Notakaki : Naik cuti jangan lupa pula bawa serba sedikit kuih raya untuk dijadikan juadah jamuan hari raya peringkat sekolah. Lagi banyak lagi bagus. Kepada saudara Izuan Mat Desa dan Man Telo, kami ingin memohon belas ihsan kamu untuk menyimpan sedikit kuih maruku yang dipesan tempoh hari. Kalau sudah kehabisan, daun kari pun jadilah! Selamat semuanya...

1 comment:

  1. kahkahkah. izuan mana ni? izuan pilus ke? jgn buat leceh.

    kepada pak tam... pelis pelis pelis kamu jangan nakal....

    kepada anak murid yg degil..
    jaga diri..

    kepada anak muris yang baek
    cet! mana ada anak murid baek.

    poodah

    ReplyDelete