Tuesday, December 8, 2009

Mari Belajar Sejarah - Sebelas November Sembilan Belas Lapan Belas

Bunga Popi

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa,
penuh derita, kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih, hilang pergantungan,
hilang pencarian, hidup kebuluran, ribuan janda, ribuan kecewa,
ribuan sengsara, jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
Perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
Perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!
Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
Kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Usman Awang 1955


Membaca Sejarah :
Pada 11.11.1918 satu Perjanjian Damai antara Tentera Bersekutu dengan German telah ditandatangani bertujuan untuk menamatkan Perang Dunia Pertama. Maka bunga popi dijadikan satu simbol bagi mengingati mangsa perang.

Empat puluh juta warga Eropah menerima petaka ini dan lebih dari dua puluh juta tentera telah menjadi arwah.

Ini sejarah Sebelas November - Eleven November - Armistice Day.

Kepada peminat EPL (liga bola sepak England) - lihat bagaimana pasukan dan pengurus memakai bunga popi merah di baju masing masing sebagai tanda ingatan - sebagai tanda bencikan perang - sebagai tanda mengingati yang telah mati - sebagai tanda mengingati yang telah pergi.

Sayangnya kita di negara ini tidak memiliki tradisi yang baik sebegini. Kita tidak pernah mencipta tradisi tradisi ingatan untok membentuk tamadun yang molek. Tradisi kita - bakar kerusi stadium dan bakar kain rentang.

Ini adalah satu manifestasi bahawa tamadun kita sebenarnya jauh ketinggalan. Masih sibuk dengan perangai gedebe bukan dengan otak yang pintar membentuk tradisi untuk anak bangsa.

Che'gu Farid

2 comments:

  1. bez bce sjarah nie.. xde ag ker?

    ReplyDelete
  2. cm y kak said mang sonok pn bce sjarah tp xd ke pasl sejrh pnubuhan sejarh smaah.? isa ke..(ikut ske aq) de skit unsr2 islamiah..ha3..

    ReplyDelete