Wednesday, November 18, 2009

Mari belajar komputer bersama cikgu torres!

Mula-mula klik pada 'comments'

Lalu taipkan komen anda di ruangan yg disediakan.Jangan merusuh sudah!

Kemudian, klik pada 'Name/URL'

Seterusnya, taipkan nama anda di bahagian 'Name'.Suspek sket, cikgu torres tu!Sila kosongkan bahagian 'URL'.Kemudian klik button 'Continue'

Sesudah itu, klik button 'Post Comment'.Selesai sudah.Tataplah ulasan anda semahunya!

Notakaki : Gua terpaksa mengambil keputusan untuk mengajar step-step meninggalkan ulasan di blog ini.Masakan tidak.Balik-balik yg beri komen cikgu NGOG dan cikgu TORRES!Apa cerita?Mana pergi kelibat 'setan merah' dan 'singa biru'?Kahkahkah...

Tuesday, November 17, 2009

Selamat menduduki...

asyraf aka bob

Hari esok hari mulia.Bagi orang yang bersedia.Hari esok hari derita.Bagi orang yang tiada bekalan ilmu di dada.Juga bagi insan yang bukan bergelar pendeta.Pendek kata.Hari esok adalah hari menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Anda semua sudah bersedia?Pastinya sudah bukan.Macam inilah pelajar SMAAH.

Sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.Juga sentiasa kasihkan binatang.Nampak macam menjengkelkan.Dengar macam meloyakan.Tapi dalam maknanya.Jika binatang pun boleh dikasihi, inikan pula ilmu dan manusia.Betul tak?Itulah hakikatnya bahawa betapa ironinya prinsip yang dipegang oleh ahli Pengakap Muda selama ini!kahkahkah...

Baiklah.Kali ini saya serius.Betul-betul serius.Kami sebagai warga pendidik SMAAH ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua pelajar tingkatan 5 Al-Qhardawi.Kami doakan kalian beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Insyaallah.Akhir kata.Please, please, please, kamu jangan nakal!

Notakaki : Saja taruk gambar bob dalam entri kali ni sebab gambar ni mempunyai nilai estetikanya yg tersendiri.Dah macam singa aku tengok!Lagipun gambar pelajar tingkatan 5 yg lengkap memang tiada dalam simpanan.Jadi anggaplah bob sebagai maskot korang.Kiranya sudi...

Tuesday, November 10, 2009

terHOT terNOW!!

Sulaiman Fahim

Notakaki : Bayi lelaki yg mempunyai tubuh badan yg sihat ini telah selamat dilahirkan pada 3 November 2009 pada jam 10.37 malam waktu tempatan bertempat di Hospital Universiti Kubang Kerian, Kelantan. Hero Malaya kebanggaan ibundanya yg tercinta iaitu Pn. Norkhasmariha bt. Mat Salleh ini betul-betul comel sama seperti penulis artikel ini. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada cikgu Nor dan suami dengan kehadiran cahaya mata kurniaan Ilahi ini...

Thursday, November 5, 2009

Selamat Untok Che' Gu Nor Dan Che' Gu Mat Noor


Kini bergelar saorang ayah



Kini bergelar saorang ibu

Kini tertanya tanya - Si bujang ini bila lagi? KahKahKah


Selamat mendapat anugerah dari Yang Maha Esa
Selamat menjadi ibu
Selamat menjadi ayah (jangan jadi Ayah Pin)

Semoga menjadi ibu yang baik
Semoga menjadi ayah yang baik

Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baik

Jaguh kampung versi 'panas'

Aimi Pok Guard begitu cuak bercampur takut sehingga merembeskan cecair jernih yg tidak berapa diingini tatkala dimarahi oleh Tuan Pengetua SMAAM.Kurang percaya?Sila lihat kesan di jalan

"Kau kekasih awal dan akhir, kau kekasih batin dan zahir...", bisik Hafiz Hassan kepada rakan sepasukannya itu.

Wednesday, November 4, 2009

Lukisan Dinding Itu


Kepada Saudara - Saudari Yang Baik

Sedarilah saudara - saudari yang baik bahawa lukisan ini adalah hasil titik peloh kita bersama
Sedarilah saudara - saudari yang baik bahawa lukisan ini adalah berkongsian imajinasi kita bersama
Sedarilah saudara - saudari yang baik bahawa lukisan ini adalah milek abadi kita bersama

Sabuah demokrasi tercipta untok membentok kebebasan - berfikir - bertindak - membuat keputusan
Sabuah demokrasi membenarkan kita untok membuat pilihan diatas apa yang kita rasakan ianya adalah baik

Lalu terbentoklah sabuah demokrasi diatas sabuah dinding
Lalu terbentoklah sabuah demokrasi yang cukop cun dan menawan
Lalu terbentoklah fikiran - tindakan - keputusan diantara warna warni yang indah

Lebih indah dari kepingan emas
Lebih enak dari empingan jagong
Lebih chantek dari saorang primadona

Moga sabuah lukisan ini akan dikenang sepanjang hidop
Moga sabuah lukisan ini akan dikenang untok saribu tahon
Moga sabuah lukisan ini akan kekal untok selamanya

Lukisan jiwairama setiap manusia
Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baik

Che'Gu Farid

Tuesday, November 3, 2009

Jaguh kampung part 1

Abang Roy cuba menyembunyikan jari-jemarinya yg kasar setanding penebang balak itu

Lokasi perteduhan kontigen dari SMAAH yg berstatus bintang kejora

Saudara Pak Tam cuba menonjolkan dirinya tanpa perlu melemparkan senyuman manis yg mampu memperlihatkan deretan giginya.Ini satu improvement!

Aimi Pok Guard kelihatannya begitu beria-beria melakukan senaman sambil diperhatikan mok guard-mok guard lainnya.

Kamilah superhero terulung sehebat Bio-Nik yg mampu melipat dan menggulung net takraw setelah penat bermain

Air muka keresahan jelas terpancar dari raut wajah Hafiz Hassan yg begitu tertekan setelah tidak dibenarkan oleh pengadil untuk mempraktikkan teknik lompatan kuda

Barisan wirawati SMAAM dalam acara bola jaring.Tiada seorang pun yg saya kenal melainkan gadis manis dari Putrajaya

Yg ini semuanya saya kenal.Gadis kecil molek yg tersenyum lebar itu mempunyai back-up besar di sekolah kerana mereka adalah 3 beranak yg sehati, sejiwa dan Selancar 3

Setahun sudah berlalu.Kini mereka bergabung di dalam satu album kompilasi

"Boleh ke kita skor gol hari ni?", tanya Din kepada Zarul."Ntah, aku rembat-rembat jauh ni tak berapa ngam!", bisik Zarul kerana takut dimarahi jurukamera.Lokasi penggambaran pula adalah di Anfield dan bukan Old Trafford.Apa barang Man U!