Tuesday, November 3, 2009

Jaguh kampung part 2

Segak sungguh lelaki ini.Milik siapakah ayahanda ini?

Farah begitu tekun mendengar ucapan lelaki segak tadi.Zarul pula tidak semena-mena bangun dari tempat duduknya setelah tidak berpuas hati dengan keputusan man of the match yg jatuh kepada anak Tuan Pengetua

Baim kelihatannya agak 'panas' setelah pandangannya kabur dek dihalang oleh kepala-kepala rakan sepasukan dan pihak lawan

Adilah membuktikan bahawa dia mempunyai bakat terpendam dalam acara 'mari bermain dam haji bersama tuan haji' walaupun agak pendiam di dalam kelas

Hafizah masih mampu untuk mengukir senyuman walaupun setelah dipaksa mengelilingi rostrum sebelum menerima hadiah.Jangan jadi pane.Rostrum adalah tempat berucap ya!

Saudara Fikri akhirnya telah membuktikan kepada dunia bahawa dialah pengasas kepada Pertubuhan Muka Kusut Sedunia yg sebenar-benarnya

Amir tanpa segan-silunya menerima pingat perak selaku naib johan dalam acara sepak takraw."Kami kalah sebab Hafiz Hassan tak perform!", celah Amir dalam nada takut-takut

Farah mewakili pasukan bola jaring menerima pingat perak juga selaku naib johan setelah tewas tipis dengan keputusan 8-9

Bapak borek anak rintik."Hujan rintik-rintik, air bergelora.Ayah bagi seposen, mak bagi seposen.Muka pun jadi seposen..."

Bergambar kenang-kenangan bersama pelajar SMAAM dengan berlatarbelakangkan bas persiaran Pakcik Sami

3 comments:

  1. gerek..
    kahkahkah.
    tolong isytiharkan result.
    tq

    ReplyDelete
  2. ha macam tu la anak2 didik cikgu, sentiasa bersemangat, tapi jangan lupa exam pun mesti tangkap lentok juga

    ReplyDelete
  3. oit banggenyer skulah ku ade brsame..
    wat femes jerk tn hj abu talib nih..

    ReplyDelete